Buku Teks
Ismail Hussein Bersama Gapena : Biografi dan koleksi
Usaha untuk menerbitkan buku biografi dan koleksi Ismail Hussein bersama GAPENA berjaya diterbitkan oleh Biro Akademi GAPENA. Buku ini diterbitkan sempena Persidangan Antarabangsa Pemikiran Ismail Hussein, anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia dengan kerja.sama Kerajaan Negeri Kedah. Ini merupakan hadiah yang sungguh istimewa untuk Ismail Hussein bagi mengenang jasanya kepada pembangunan sosiobudaya di tanahairnya dan di Dunia Melayu.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Biografi hasil dari penelitian penulis dan dibantu oleh Wan Zaida Bt. Hj. Wan Yu.ssof(pembantu penyelidik projek ini). Bahagian Koleksi merupakan himpunan artikel daripada beberapa orang penulis dan senarai bibliografi yang telah diusahakan Oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (A TMA), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Awan Negeri Kedah.
Tidak tersedia versi lain