Buku Teks
Mahathir di sebalik tabir
Mahathir Mohamad ialah tokoh kontroversi, tetapi tidak ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang penting dalam senarai jawatan Perdana Menteri Malaysia sehingga kini. Tidak diragui beliau ialah Perdana Malaysia paling terkenal selepas Tunku Abdul Rahman. Namun begitu beliau juga adalah tokoh yang membingungkan, digerakkan oleh politiknya yang pragmatik sebagaimana yang terzahir oleh visinya membina Malaysia baru sebagai sebuah negara industri dalam menempuh abad ke-21. Semasa kekuasaannya, beliau banyak melakukan perkara yang menghairankan baik di kalangan rakan-rakan mahupun musuh-musuhnya. Beliau telah menyaksikan pemergian dua timbalan beliau yang amat dipercayai, dan berjaya memikat orang yang pernah dianggap mustahil sebagai sekutunya, Anwar Ibrahim, bekas aktivis Islam yang kini dilihat sebagai penggantinya. Dr. Mahathir juga memupuk generasi baru usahawan Melayu, contohnya multijutawan Daim Zainuddin dan pantas pula membawa Malaysia ke era industrialisasi. Dalam buku ini, wartawan veteren dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan, Zainuddin Maidin (lebih dikenali sebagai Zam) mengungkap tokoh ini di sebalik keistimewaan politiknya, di samping berusaha menjawab soalan-soalan yang membuatkan Dr. Mahathir sentiasa berdetik
Tidak tersedia versi lain